Kontroversi Nisdawati_Nazaruddin

Nama beliau melonjak naik apabila beliau bergaduh dan membuat lapuran polis kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar semasa penggambaran drama Kau Yang Disayang 15 Ogos 2006. Tiada pendakwaan dilakukan oleh pihak polis.

Menang kes mahkamah

Pada 31 Oktober 2011,Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen memerintahkan aktres Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati (33) dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di majalah Media Hiburan.[2] Wartawan Hanif Abdul Ghani menerbitkan artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada 8-14 Januari 2005. Nadia menafikan beliau menyebut nama Lisdawati. Nadia tidak menghubungi wartawan tersebut untuk membetulkan fakta. Nadia yang membintangi filem “Zombie Kampung Pisang” enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.Sebenarny Lisdawati meminjam RM10,000 daripada teman lelaki Nadia, Mohd Roslan Omar.[3][4]

Fitnah 2003 itu menyiksakan sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin. Selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Akhirnya pada 2005, Lisda memfailkan saman di Mahkamah Sesyen diwakili oleh peguam Karpal Singh.