Nitrogliserin
Nitrogliserin

Nitrogliserin

Nitrogliserin (NG), juga dikenali sebagai trinitrogliserin (TNG)nitro, gliseril trinitrat (GTN), atau 1,2,3-trinitroksipropana, ialah sejenis cecair berat tanpa warna, berminyak dan mudah meletup yang paling biasanya dihasilkan melalui penitratan gliserol dengan asid nitrik berwasap putih dalam keadaan yang sesuai untuk menghasilkan sejenis ester asid nitrik. Struktur kimianya lebih kepada sebatian nitrat organik berbanding satu sebatian nitro, namun nama lamanya ("NG" atau "TNG") sering kali digunakan. Bahan ini pertama kalinya dicipta pada 1847 dan ia telah digunakan sebagai bahan aktif dalam pembuatan bahan letupan, terutamanya dinamit yang digunakan dalam industri pembinaan, pemusnahan rumah serta perlombongan. Sejak tahun 1880-an, ia turut digunakan oleh tentera sebagai bahan aktif dan bahan pengelatin untuk nitroselulosa dalam beberapa bahan pendorong pejal seperti kordit dan balistit.Selama lebih dari 130 tahun, nitrogliserin telah digunakan dalam bidang perubatan sebagai vasodilator (ubat pengembang sistem vaskular) kuat untuk merawat penyakit jantung seperti angina pektoris dan kegagalan jantung kronik. Walaupun hal tersebut diketahui sebagai kesan penukaran nitrogliserin kepada nitrik oksida, sejenis venodilator yang kuat, namun punca tepatnya hanya dapat ditemukan pada tahun 2002 iaitu enzim aldehid dehidrogenase mitokondria.[2] Nitrogliserin didapati dalam bentuk tablet bawah lidah, semburan dan ubat tampalan (patch).[3] Penggunaan lain berpotensi yang disarankan termasuk terapi tambahan dalam barah prostat.[4] Ia juga digunakan dalam dos yang rendah untuk rawatan fisur dubur yang kronik.

Rujukan

WikiPedia: Nitrogliserin http://www.drugbank.ca/drugs/DB00727 http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.4354.... http://web.ebscohost.com/src/detail?vid=17&hid=7&s... http://adsabs.harvard.edu/abs/2005PNAS..10212159C http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C(C... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=o:n... http://www.cdc.gov/niosh/npg/npgd0456.html http://fdasis.nlm.nih.gov/srs/srsdirect.jsp?regno=... http://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/summary/summary.cg... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1189320