Sejarah Nmixx

2021–sekarang: Pengenalan dan debut dengan Ad Mare

Pada 9 Julai 2021, JYP Entertainment mengumumkan kumpulan wanita baharu akan memulakan debut pada Februari 2022, yang pertama sejak Itzy pada tahun 2019.[2] Dari 16 Julai hingga 25 Julai, JYP Entertainment menyediakan pra-pesanan untuk edisi terhad pakej debut kumpulan ini, bertajuk Blind Package, yang termasuk album debut kumpulan dan bahan berkaitan album.[3][4] Para ahli telah didedahkan melalui pelbagai video tarian dan cover lagu dari 6 Ogos hingga 19 November (mengikut urutan: Jinni, Jiwoo, Kyujin, Sullyoon, Bae, Haewon dan Lily)[5][6]

Pada 26 Januari 2022, JYP Entertainment mengumumkan nama kumpulan ini sebagai Nmixx, sebelum itu dipanggil JYPn.[7] Pada 2 Februari, diumumkan bahawa mereka akan debut pada 22 Februari dengan perlisan Ad Mare.[8] Pada 18 Februari 2022, JYP Entertainment mengumumkan bahawa showcase debut kumpulan ini, yang pada asalnya dijadualkan pada 22 Februari, akan ditunda ke 1 Mac selepas Bae disahkan positif COVID-19.[9]