Keluarga Noorainee_Abdul_Rahman

Beliau telah berkahwin dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tanggal 22 September 1972.

Anak-Anak dan Menantu

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dengan 4 orang anak, Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (Berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (Berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan); Najwa Mahiaddin, (Berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui), seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin.

Anak-anak beliau banyak terlibat dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Anak beliau Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang tokoh korporat di Malaysia dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif. Anak kedua pula, Datin Sri Nabilah banyak terlibat dalam penulisan buku dan anak ketiga, iaitu Najwa dan Farhan Yassin berkongsi minat yang sama dalam industri hiburan.

Cucu

Salah seorang daripada cucu beliau, Iman Alisha Datuk Fakhri Yassin merupakan seorang atlit gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 di Perak Darul Ridzuan ketika berusia 13 tahun. Kakaknya, Iman Suraya juga aktif dalam sukan gimrama begitu juga adik-adiknya, Iman Arissa dan Iman Aleena.[2]

Besan

Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Hajjah Fadzilah Md Ariff[3] adalah merupakan ibu bapa kepada menantu beliau, Datin Fara Ikma. Tuan Berhan Manap dan Puan Jamaliah Baba adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Dato' Sri Muhamad Adlan.[4] Encik Koh Lai Poo dan Puan Chiam Juat Wah[5] pula adalah ibu bapa kepada menantu beliau, Idris Koh Keng Hui.

Mertua

Beliau adalah menantu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Muhammad Yasin bin Muhammad, seorang ulamak yang tersohor di Muar berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ibu mertua beliau pula adalah, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Haji Kassim, berketurunan Jawa.

Rujukan

WikiPedia: Noorainee_Abdul_Rahman http://www.astroawani.com/berita-malaysia/orkestra... http://2.bp.blogspot.com/-d2GZO-3Mpls/VFJxVbrqEwI/... http://bluenanta.com/orchid/100148712/hybrid_detai... http://www.juitajohor.com/index.php/tentang-juita/... http://www.malaysiakini.com/news/247395 http://puspanitakpm.wixsite.com/utama/mengenai-kam... http://www.sinarharian.com.my/semasa/gimnastik-ber... http://www.thestar.com.my/~/media/online/2014/03/1... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131006... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...