Kerjaya Nor_Shuhadatul_Ain_Zakaria

Nor Shuhadatul Ain memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penulisan dengan menulis diari dan puisi. Semasa menjalani latihan amali di konglomerat media Media Prima Berhad, Kamarul Zamli Ramly, penerbit ntv7 ketika itu memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menulis 4 episod rancangan Asam Garam. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Pengajian Media (Penyiaran) dengan kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau ditawarkan bekerja dengan MIG milik penerbit filem David Teo dan pihaknya memberikan seorang mentor kepadanya untuk belajar menulis skrip.[2]