Noraniza_Idris_(album_1992)

Noraniza Idris merupakan album solo ke-6 penyanyi popular Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 1992. Album ini menyaksikan Noraniza bekerjasama dengan penerbit popular Ahmad Ali (Jimmy) & Ramli M.S.Album ini agak istimewa kerana menjadi album eksperimen pertama Noraniza dalam mengembangkan muzik pop tradisional. Menerusi album ini, Noraniza bereksperimen dengan lagu-lagu ghazal dan zapin yang diadun dengan bunyian pop. Pengaruh Arab juga ketara menerusi sedikit sentuhan samrah dalam lagu Monolog Duka sendiri. Lagu tersebut mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Lagu lain yang popular adalah lagu Rentak Tandak dan Rindu-Rinduan.Bertitik tolak dari album inilah, Noraniza bertapa seketika dari dunia rakaman untuk mencari formula terbaik dalam menghasilkan sebuah album tradisional yang lebih kontemporari dan hasilnya pada tahun 1997 beliau muncul mengejut dengan karya-karya hebat dalam album Ala Dondang.Menariknya mengenai album ini adalah kerana penggubah muzik Ramli M.S yang jarang mencipta lagu sendiri telah merakamkan lagu ciptaannya buat Noraniza yang berjudul "Duka Rindu". Tidak ramai penyanyi yang berpeluang menyanyikan lagu maestro muzik ini.

Noraniza_Idris_(album_1992)

Dikeluarkan pada 1992
Penerbit Ahmad Ali (Jimmy Ali), Ramli M.S.
Genre Pop Tradisional
Syarikat Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd