Ala_Dondang
Ala_Dondang

Ala_Dondang

Ala Dondang merupakan sebuah album pop tradisional kontemporari penyanyi Noraniza Idris yang diterbitkan pada tahun 28 Julai 1997. Album ke-7 beliau ini mencipta sejarah tersendiri apabila mempelopori irama tradisional secara kontemporari sehingga mencetus fenomena pada ketika itu, sesuatu genre yang sebelum ini disampaikan secara konservatif sejak era 50an. Untuk penerbitan album ini, Noraniza bekerjasama bersama Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit yang menerbitkan album ini secara eksperimental dan akhirnya berjaya terjual sebanyak 200,000 ribu unit. Ala Dondang mempertaruhkan lagu Awallah Dondang sebagai single pertama untuk album ini. Noraniza telah membuka mata masyarakat pada ketika itu, Orang ramai bukan sahaja tertumpu dengan lagu-lagu bergenre pop, rock, R&B dan sebagainya tetapi mereka juga tertarik dengan lagu-lagu bercorak tradisional selepas sahaja album ini dilancarkan. Oleh kerana sambutan terhadap album ini memberangsangkan. Ala Dondang telah diiktiraf sebagai Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 dan sekaligus tercalon untuk Album Terbaik di anugerah tersebut.

Ala_Dondang

Dikeluarkan pada 28 Julai 1997 [1]
Masa 44:34
Penerbit Pak Ngah, S. Atan
Genre Irama Malaysia, Etnik Kreatif
Syarikat Suria Records