Nori
Nori

Nori

Nori (海苔, のり) ialah nama dalam bahasa Jepun untuk bahan makanan berupa helaian rumpai laut yang dikeringkan. Nori digunakan sebagai hiasan dan penyedap pelbagai macam masakan Jepun, lauk sewaktu makan nasi, dan bahan makanan ringan seperti senbei. Bahan asasnya adalah alga jenis Porphyra seperti Porphyra pseudolinearis Ueda, yang dikenali sebagai Iwanori, dan Porphyra yezoensis Ueda.Walaupun warna tidak dapat dijadikan penilaian kualiti, helaian Nori berkualiti tinggi umumnya berwarna hitam kehijauan, sedangkan Nori berkualiti lebih rendah berwarna hijau hingga hijau muda.Jepun, China, dan Korea merupakan pengeluar Nori terbesar di dunia. Nori disebut sebagai hǎitái (海苔) di China, atau gim (김) di Korea. Korea terkenal dengan Nori berasa minyak bijan, cili, dan butiran garam yang agak kasar sehingga berbau lain dan terasa agak pedas.