Senbei
Senbei

Senbei

Senbei (煎餅,せんべい) adalah makanan ringan Jepun yang dibuat dari tepung beras atau tepung bijirin lain. Makanan ringan ini boleh didapati dalam bentuk bulat, lonjong, empat segi, atau empat segi yang panjang dan dimasak dengan cara panggang hingga berwarna kuning keemasan. Jika dibandingkan dengan keropok, senbei jauh lebih tebal, dan berukuran lebih besar daripada okaki atau arare.Walaupun jenis senbei tertentu berasa manis, rasa senbei umumnya sedikit masin kerana diletakkan juga garam. Kepelbagaian rasa senbei yang umum adalah senbei berperisa miso, berperisa kicap, dan berperisa bijan. Senbei berperisa kicap yang dibungkus dengan nori atau diletakkan nori pada permukaannya disebut nori senbei.Senbei tradisional dipanggang dengan memakai bara. Setelah masak, senbei dicelup dengan campuran kicap dan mirin. Di daerah Kanto, penjual senbei memanggang jualannya sekeping demi sekeping di tempat itu juga manakala penjual senbei di daerah Kansai menjual senbei yang sudah siap dibuat di tempat lain.