Pencapaian Norlinda_Nanuwil

Linda merupakan Naib Juara Akademi Fantasia Musim 2 setelah diserap masuk setelah tersingkir pada Minggu ke-8. Setelah meraih gelaran naib juara AF2, dia telah mempunyai album sulungnya. Setelah itu, dia kembali senyap kerana berlatih untuk memantapkan vokalnya.

Linda telah menghasilkan sebuah album Kadazandusun secara rahsia dan dijadual melancarkan album itu pada 26 Julai 2008 di 1Borneo Hypermall. Malangnya seminggu sebelum itu, Nanuwil Galida iaitu ayah Linda meninggal dunia.[1]

Majlis pelancaran telah ditangguhkan ke 9 Ogos 2008 dimana Linda telah mempersembahkan single pertama berjudul 'Upus Tolidang' dengan penuh emosi. Lagu tersebut ditulis oleh Linda dan ayahnya sendiri.[2]