Gelaran Norodom_Sihamoni

Sebelum ditabalkan sebagai raja, gelaran Sihamoni ialah Sdech Krom Khun (ស្តេចក្រុមឃុន) atau Putera Agung. Sebagai raja, gelaran baginda ialah Preah Karuna Preah Bat Sâmdach Preah Bâromneath Norodom Sihamoni Saman Bhumichat Sasana Rakkhata Khattiya Khmeraratrat Putthintra Mohaksat Khemareacheana Samuhobhas Kampuchea Ekareacharath Bureanasanti Subheamagala Sirivibunla Khmera Sri Bireat Preah Chao Krung Kampuchea Dhibodi Preah Mohaksat Nai Preah Reacheanachak Kampuchea; yang bermaksud: Duli Yang Maha Mulia, Raja Norodom Sihamoni yang menyatukan negara, agama, kerajaan dan rakyat Khmer; raja agung yang didukung oleh Buddha dan Indra, pelindung kemerdekaan, kesatuan, dan kedamaian; Raja Kemboja, Raja Agung Kerajaan Kemboja. Nama lahir baginda, Sihamoni, terdiri daripada dua morfem iaitu daripada nama ayahanda dan bondanya, Sihanouk and Monineath.