Keluarga Norsehah_binti_Abu_Bakar

Berkahwin dengan suami kedua iaitu Azmi Thamby Chik pada 2003, seorang tokoh korporat. Azmi Thambi Chik merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Industrial Estate Berhad (MIEL). Tidak mempunyai anak.

Suami pertamanya Chris Lund Abdullah. Mereka mendapat seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Anak lelakinya bernama Misha Kyrie Lund (15 tahun) mengikut bapanya Chris Lund dan difahamkan berada di Arab Saudi. Selepas bercerai tahun 1998, Chris berhijrah ke Indonesia dan membawa Misya Kyrie Lund dan berkahwin lain. Seterusnya Chris pindah ke London bersama anak sulung mereka. Karissa Iris Lund pula berumur 10 tahun. Pelajar tahun empat SK Bukit Bandaraya, Bangsar.

Abang Seha iaitu Datuk Nordin Abu Bakar dan anak gadisnya Iman berusaha mengesan Misya Kyrie Lund melalui internet, blog dan emel. Seha ingin menemui anaknya yang tidak ditemui sejak 10 tahun lalu. Akhirnya mereka dapat bercakap melalui telefon walaupun tidak dapat berjumpa.

Kanser paru-paru

Beritanya heboh dalam Berita Harian . Ketika itu beliau berada di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Beliau mendapat rawatan rapi dari doktor pakar, tidak boleh terlalu terdedah bagi mengelakkan jangkitan kuman. Antibodinya masih lemah dan menjalani rawatan radioterapi dan kimoterapi. Selain itu dia mengidap penyakit asma yang teruk pada musim jerebu Oktober 2006.

Barah paru-paru dikesan pada Ogos 2006 setelah batuk dan batuk berdarah berminggu-minggu. Doktor turut mengesan ketumbuhan atau tumor pada tisu-tisu lembut (soft tissues) di lutut dan merebak ke bahagian peranakan.

Doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur memberitahu bahawa kanser paru-paru beliau sudah kronik.