Kerjaya Norshahrul_Idlan_Talaha

Perak FA

Walaupun Norshahrul dilahirkan di Besut, Terengganu tetapi beliau telah berpindah ke negeri Perak semasa beliau berusia 3 tahun. Beliau menyertai sekolah tempatan dan mula bermain bagi pasukan Piala Presiden Perak semasa berusia 14 tahun. Kemudian, beliau dinaikkan taraf untuk bermain bagi pasukan senior Perak pada tahun 2003. Kebanyakannya beliau adalah pemain gantian bagi Perak dan kadangkala bermain bagi pasukan simpanan. Selepas itu, beliau ditawarkan untuk bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun di Kejohanan Belia AFC 2004 yang telah diadakan di Malaysia. Beliau telah menghasilkan tendangan jauh dan menjaringkan satu gol bagi Malaysia. Kemudiannya Malaysia hanya layak ke suku akhir. Selepas kejohanan ini, beliau menjadi penyerang biasa bagi Perak.

Negeri Sembilan FA

Norshahrul menyertai Negeri Sembilan FA pada 2006 hanya untuk bermain selama setahun.

UPB-MyTeam FC

Kemudian beliau ditawarkan untuk menyertai kelab yang baru dibentuk, UPB-MyTeam FC. Beliau adalah salah seorang daripada pemain utama dan menjadi penjaring terbanyak sebanyak 14 gol.[perlu rujukan]

Kelantan FA

Selepas UPB-MyTeam FC ditamatkan perkhidmatannya, beliau menyertai Kelantan FA. Beliau menjadi penjaring terbanyak semasa musim pertamanya di Kelantan FA. Semasa ketiga-tiga musim dengan Kelantan FA, beliau mencapai banyak kejayaan bersama-sama dengan pasukan khususnya pada musim 2012 selepas membantu pasukannya menyempurnakan treble dengan memenangi Piala Malaysia 2012. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah individu seperti Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Johor Darul Takzim FC

Selepas tiga musim di kelab terbaik Malaysia, Norshahrul meninggalkan Kelantan FA untuk menyertai Johor Darul Takzim FC dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan, dipercayai sekitar RM1 juta (Masih belum dipastikan kerana masih lagi di dalam peringkat rundingan). [2] persembahan yang hambar sepanjang berada di johor membuatkan beliau berpindah ke pasukan ATM FA.