Nostalgia

Nostalgia boleh difahamkan sebagai suatu rasa kerinduan, sebak atau keinginan mengenai pengalaman manis yang dirasai suatu masa dahulu atau di suatu tempat yang pernah dijejaki.[1][2] Perasaan ini sering dikaitkan dengan kecenderungan kepada peristiwa yang berlaku dan orang yang wujud pada zaman dahulu, terutamanya mengenai "zaman kanak-kanak yang indah";[3] perkara ini dapat dihubungkan kepada rasa yang berat sebelah kepada ingatan tertentu.[4]Rasa nostalgia ini boleh dicetuskan melalui rangsangan deria bau dan sentuhan yang diproseskan dalam amigdala iaitu kawasan emosi otak manusia. Muzik[5] dan cuaca[6] juga dapat mencetuskan rasa ini dengan sama kuatnya.

Rujukan

WikiPedia: Nostalgia http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/bdm.176... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nostalgia //doi.org/10.1002%2Fbdm.1767 //doi.org/10.1111%2Fj.1467-8721.2008.00595.x //www.worldcat.org/issn/1099-0771 https://books.google.com/books?id=7BbTJ6qVPMcC https://www.nytimes.com/2013/07/09/science/what-is... https://www.psychologytoday.com/blog/mental-mishap... https://www.theatlantic.com/health/archive/2012/12... https://www.southampton.ac.uk/~crsi/Sedikides%20Wi...