Notting_Hill
Notting_Hill

Notting_Hill

Untuk filem, lihat Notting Hill (filem). Untuk Notting Hill di Melbourne, Australia, lihat pula Notting Hill, VictoriaKoordinat: 51°30′35″N 0°12′15″W / 51.5096°N 0.2043°W / 51.5096; -0.2043Notting Hill adalah sebuah kawasan di West London, England berhampiran dengan sudut barat daya Taman Kensington, di Royal Borough of Kensington and Chelsea. Ia adalah sebuah daerah kosmopolitan terkenal sebagai lokasi Notting Hill Carnival tahunan, latar untuk filem 1999 Notting Hill dibintangi oleh Julia Roberts dan Hugh Grant, dan lokasi kepada Portobello Road Market.[1]Notting Hill mempunyai reputasi semasa sebagai sebuah kawasan mewah dan mengikut fesyen;[2] dikenali dengan teres menarik rumah bandar zaman Victoria besar, dan kawasan beli-belah dan restoran mahal (khususnya di sekitar Westbourne Grove dan Clarendon Cross). Sebuah rencana Daily Telegraph pada 2004 menggunakan frasa 'Notting Hill Set'[3] untuk merujuk kepada sekumpulan ahli politik Konservatif muda, seperti pemimpin David Cameron dan Canselor bayang George Osborne. Meskipun demikian, rumah-rumah besar ini juga menyediakan sewaan pelbagai pendudukan untuk sebahagian besar abad ke-20, menarik para pendatang Carribean pada zaman 1950-an yang akhirnya bertentangan dengan penduduk tempatan Teddy Boy sewaktu rusuhan kaum Notting Hill.Notting Hill mempunyai perkaitan dentgan para artis dan budaya "alternatif" sejak perkembangannya pada 1820-an.[4][5] Terdapat juga kawasan-kawasan kekurangan di utara,[6] kadang-kadang dirujuk sebagai North Kensington, atau Ladbroke Grove, dari nama jalannya.