Nur_Fatima

Nur Fatimah binti Abdul Wahab (lahir 22 Julai 1982) merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia.[1]Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai peserta Kelab Kanak-Kanak Angkasapuri terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kerjaya muziknya bermula apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Golden Teen Search, juga terbitan RTM pada 1999.[2]Mendapat pendidikan di Institute SEA dalam jurusan Kejuruteraan Audio, beliau muncul dengan album pertamanya berjudul Selembut Sutera diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan, manakala album keduanya iaitu Gadis diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Beliau melancarkan album singlenya Rindu pada 2008 berkonsepkan pop balada. "Rindu" merupakan lagu ciptaannya sendiri dan liriknya ditulis oleh Ireani Yaakop, sementara muziknya pula disusun oleh Audi Mok. Beliau juga pernah menjadi penyampai berita di 8TV.Beliau juga pernah menulis lirik antaranya untuk lagu-lagu seperti Caramu nyanyian Nikki Palikat dan Zahid, Malu Tapi Mahu (Dina) dan Satu Harapan (Jaclyn Victor). Beliau juga pernah mencipta lagu untuk artis-artis tempatan seperti Ziana Zain, Suki, Diddy Hirdy, Jaclyn Victor, Stacy, Ayu Damit dan ramai lagi.

Nur_Fatima

Pekerjaan Penyanyi, komposer, penulis lagu, penerbit rrakaman
Nama lahir Nur Fatimah binti Abdul Wahab
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Delima Records, Positive Tone
Kelahiran (1982-07-22) 22 Julai 1982 (umur 37)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif 1999–kini

Rujukan

WikiPedia: Nur_Fatima http://www.astroawani.com/berita-hiburan/gv6-tiada... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kenali-nu... https://www.facebook.com/NurFatima https://www.instagram.com/NurFatima/ https://twitter.com/NurFatima https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2015/07... https://www.sinarharian.com.my/article/52780/HIBUR... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment...