Nur_Misuari
Nur_Misuari

Nur_Misuari

Nur Misuari atau 'Nurallaj Misuari' lahir pada 3 Mac 1939 fi Jolo,Sulu, Filipina merupakan pengasas Pergerakan Pembebasan Mindanao yang merupakan kumpulan anti kerajaan Filipina secara kekerasan. Nur Misuari dipenjara atas tuduhan melakukan pemberontakan pada 2006. Beliau adalah ahli politik dan menjadi pemimpin 'Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro' /MNLF yang bertujuan membina sebuah negara Islam yang merdeka di selatan Filipina.Nur Misuari ditahan di Pulau Jampiras, Sabah 24 November 2001 kerana memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah. Kerajaan Filipina mendesak Malaysia menyerahkan Nur Misuari tetapi Malaysia terus melindungi Nur Misuari. Nur Misuari pernah berlindung di Libya awal tahun 1980-an.Nur Misuari merupakan bekas Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) . Beliau berusia 65 tahun dan menjadi buruan tentera Manila kerana mengetuai pemberontakan 19 November 2001 sebelum melarikan diri.Konflik bersenjata antara 1972 dan 1976, menyebabkan 80,000 hingga 200,000 nyawa terkorban. Pada kemuncaknya MNLF mempunyai 30,000 pejuang bersenjata.Pada tahun 1997, beliau berkhidmat dengan Presiden Fidel Ramos dan dianugerahkan Félix Houphouët-Boigny Keamanan Nobel , UNESCO .