Nyahkotak
Nyahkotak

Nyahkotak

Nyahkotak,[1] buka kemas atau buka kemasan (bahasa Inggeris: unboxingcode: en is deprecated ) ialah proses mengeluarkan produk pengguna, khususnya perkakasan berteknologi tinggi, yang dirakam dalam video dan dikongsikan dalam talian. Video selalunya dimasukkan pengenalan dan demonstrasi produk yang terperinci.Video pertama seumpama ini menyahkotak dan mengulas telefon bimbit jenama Nokia model E61 pada tahun 2006.[2] Menurut Google Trends pula, penelusuran istilah unboxing mula muncul pada tiga bulan akhir tahun 2006.[3]Video-video nyahkotak yang awal menumpu utama kepada alat peranti atau barangan fesyen.[4] Namun, penyohoran format ini segera membuka peluang kepada pembuatan video nyahkotak ulas "hampir semua barang yang sedia dibeli".[2] Menjelang tahun 2014, kemasyhuran video-video begini mendorong seberapa syarikat memuat naik rakaman menyahkotak bungkusan produk milik sendiri,[5] sedangkan yang lain mengirim produk kepada pengulas secara percuma.[5] Ada seberapa pihak menganggap amalan ini digemari kerana kemampuan menampilkan produk dengan tepat apa adanya tanpa pemalsuan apa pun yang biasanya dilakukan pengiklan di sekitar produk. Mampu melihat sesuatu yang pelanggan dapatkan "dapat menyumbang pada proses pengambilan keputusan".[6] Beberapa pengguna telah mencuba persembahan ulasan nyahkotak mereka lebih menarik dengan menambahkan kesan khusus atau melakukannya dengan cara yang berbeza seperti menyahkotak telefon pintar tahan air di bawah air.Pertumbuhan niaga elektronik juga menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pengulasan ini. Syarikat peniaga-ke-pelanggan memerlukan wahana yang lebih menghubungkan dengan pelanggan mereka secara emosional serta menciptakan pengalaman pembelian yang positif. Hal ini menyebabkan banyak perusahaan D2C menanam modal dalam reka bentuk kemasan untuk dijadikan aset pemasaran produk mereka. Jika kemasan semakin menarik dan canggih, maka pelanggan mungkin akan merakam dan mengulas barangan yang dinyahkotak sekali gus menarik perhatian lebih banyak pembeli kepada produk mereka. Pengeluar kemasan juga semakin menyedari peranan sohoran ini dan terus meningkatkan teknologi untuk memenuhi permintaan kemasan bercetak yang lebih bermutu tinggi: yakni, kotak tidak lagi hanya sebagai alat pengangkutan bahkan menjadi bahan pengiklan dan pemasar yang berharga yang dikirim langsung kepada pelanggan.

Rujukan

WikiPedia: Nyahkotak https://www.yahoo.com/tech/why-unboxing-videos-are... http://www.google.com/trends?q=unboxing&ctab=0&geo... https://www.theguardian.com/technology/shortcuts/2... http://www.cnn.com/2014/02/13/tech/web/youtube-unb... https://www.youtube.com/watch?v=xSUuO84BTSA&t=1m18... http://creativity-online.com/work/burger-king-retu... http://adage.com/article/cmo-strategy/burger-king-... http://creativity-online.com/work/burger-kingcheet... https://www.polygon.com/2018/5/25/17393882/unboxin... https://www.youtube.com/channel/UChGJGhZ9SOOHvBB0Y...