Nyahpupus
Nyahpupus

Nyahpupus

Nyah-pupus, nyah kepupusan, yang juga dikenali sebagai kebangkitan biologi, atau kebangkitan semula spesies adalah proses mewujudkan suatu organisma, yang sama ada ahli, atau menyerupai spesies yang telah pupus, atau populasi pembiakan organisma sedemikian.[1] Pengklonan adalah kaedah yang paling banyak dicadangkan, walaupun pembiakan selektif juga telah dicadangkan. Teknik yang sama telah digunakan untuk spesies terancam.Terdapat kontroversi yang ketara terhadap nyah kepupusan.[2] Pengkritik menegaskan bahawa usaha untuk melestarikan spesies sedia ada adalah lebih baik, memandangkan habitat yang diperlukan untuk spesies yang dahulunya telah pupus untuk bertahan terlalu terhad untuk menjamin nyah kepupusan dan faedah-faedah pemuliharaan evolusi operasi-operasi ini adalah dipersoalkan.[3]