Nyahranjau

Nyah ranjau atau membersihkan periuk api merupakan proses menyingkirkan samaada periuk api darat, atau periuk api laut, dari sesuatu kawasan, sementara menyapu ranjau menggambarkan tindakan mengesan periuk api. Terdapat dua jenis berbeza bagi pengesanan dan membersih periuk api: tentera dan kemanusiaan. Penyapu ranjau menggunakan banyak perkakasan bagi menjalankan tugasan mereka. Dalam sejarah, perkakasan pembersihan periuk api termasuk banyak haiwan terlatih, termasuk anjing dan tikus, tetapi sering kali dalam penyapuan ranjau dunia moden bergantung kepada pengesan logam atau kenderaan dengan pelbagai perkakasan mekanikal dipasangkan padanya. Terdapat juga kaedah lain dibangunkan bagi mengesan periuk api, termasuk kegunaan mamalia laut terlatih, bakteria, bunyi dan pelbagai kaedah esotik yang lain.