Sejarah ONF_(kumpulan_muzik)

Pra-debut

Sebelum menyertai WM Entertainment, U adalah pelatih di JYP Entertainment.[3] MK pelatih di Starship Entertainment. Pada tahun 2015, MK menyertai Mnet dan program survival Starship Entertainment NoMercy tetapi telah tersingkir. Semasa showcase pertama kumpulan ini, Laun mendedahkan bahawa dia seorang pelatih di Big Hit Entertainment dan pernah berlatih bersama BTS.[4]

Semua ahli terdiri daripada WM Boys. WM Boys tampil sebagai penari tambahan untuk B1A4 di Concert Dream 2016 di Seoul.

Ahli J-Us, Laun, dan Wyatt membuat penampilan cameo dalam B1A4 mini drama VCR "The Class", dan E-Tion dan Wyatt muncul dalam satu lagi B1A4 VCR yang dinamakan "Feeling".Hyojin, E-Tion, J-Us, dan Wyatt telah ditonjolkan sebagai penari dalam drama 'Loss: Time: Life' versi Korea.

Pada 25 Mei 2017, semua anggota WM Boys telah menghadiri IDOLCON (아이돌 콘) dan melakukan "Original", lagu B-side dari album debut mereka yang belum dirilis.

2017: Debut dengan ON/OFF, menyertai Mix Nine

Kumpulan ini mengeluarkan lagu debut mereka "ON/OFF" pada 2 Ogos 2017. Keesokan harinya, kumpulan itu mengadakan debut stage mereka di M Countdown.Ahli-ahli terdiri daripada dua pasukan, pasukan ON dan pasukan OFF. Hyojin adalah ketua pasukan ON, yang termasuk E-Tion, MK dan Laun. J-Us ketua pasukan OFF, iaitu Wyatt, dan U. Laun adalah sebahagian daripada kedua-dua pasukan.

Pada 5 November, kumpulan menyertai survival show Mix Nine dan semua mereka lulus uji bakat. Pada 28 Oktober, Hyojin dijadikan sebagai center lelaki untuk misi prestasi pertama Mix Nine: Just Dance. Pada episod akhir pada 26 Januari 2018, Hyojin berada di tempat kedua dan Laun di tempat ketujuh. Sembilan orang lelaki dari Mix Nine yang berada dikedudukan teratas telah ditetapkan akan debut pada tahun itu, tetapi disebabkan ketidakupayaan syarikat-syarikat individu untuk membuat persetujuan, projek itu dibatalkan..[5]

2018: You Complete Me, debut Jepun dan comeback Jepun

Pada 7 Jun 2018, ONF telah mengeluarkan album mini kedua mereka, You Complete Me, dan mempunyai enam buah lagu termasuk single utama "Complete"[6]

Pada 15 Jun, ONF menandatangani kontrak dengan syarikat Jepun Victor Entertainment untuk membuat debut rasmi mereka di Jepun pada bulan Ogos.[7][8] Mereka memulakan debut rasmi di Jepun pada 1 Ogos dengan single pertama mereka "ON/OFF (Japanese Ver.)". Video muzik untuk single debut mereka dikeluarkan pada 3 Julai.[9]They also held debut showcase in Japan at the Tokyo's Minavi BLITZ Asaka on July 31.[10][11]

Pada 7 September, ONF mengeluarkan video muzik untuk single Jepun kedua mereka "Complete (Japanese Ver.)".[12]

2019: We Must Love, Asia Tour , Laun meninggalkan kumpulan , Go Live

Pada 7 Februari, ONF mengeluarkan album mini ketiga mereka, We Must Love, yang terdiri daripada lima lagu dengan single utama "We Must Love". Mereka mengumumkan akan melakukan 2019 Asia Tour dengan nama yang sama, menuju ke Hong Kong, Singapura, dan Taipei pada musim bunga; bagaimanapun, hentian di Singapura mereka dibatalkan.[13]

Pada 27 Jun, WM Entertainment mengumumkan bahawa Laun telah berlakonkan sebagai Yeon Joo Hyuk di dalam drama tVN D STORY drama web Chubby Romance 2 통통한 연애2), ini adalah lakonan pertamanya.[14] ONF menyanyikan lagu tema utama untuk siri "So Pretty" (예뻐 죽겠다), yang dikeluarkan pada 14 Julai.[15]

Pada 23 Ogos, WM Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan Laun meninggalkan ONF dan menamatkan kontraknya dengan alasan peribadi.[16]

Pada 7 Oktober, ONF mengeluarkan album mini keempat mereka, Go Live. album mini ini mengandungi lima buah lagu, termasuk "Why".[17]

2020: Road to Kingdom

Pada 20 Mac, diumumkan bahawa ONF akan menyertai pertandingan realiti televisyen Mnet Road to Kingdom.[18]

Pada 12 Jun, ONF mengeluarkan lagu terakhir mereka dari Road to Kingdom,yang bertajuk "New World (신새계)". Kumpulan ini menduduki tempat kedua dalam keseluruhan program ini.