Obsidian
Obsidian

Obsidian

Obsidian ialah suatu kaca gunung berapi alami yang wujud sebagai batu igneus terobosan.[3][4]Batuan ini dibentuk daripada bahan asalnya, lava yang menyejuk dengan cepat,[5] di mana lava felsik (lava yang mempunyai kandungan feldspar yang tinggi) membeku cepat dengan pertumbuhan hablur minimum. Obsidian adalah seperti suatu mineral, tetapi bukanlah mineral sebenar kerana tidak mempunyai bentuk hablur serta mempunyai komposisi yang terlalu pelbagai untuk dikelaskan sebagai sebuah mineral. Obsidian kadangkala dirujuk sebagai sebuah mineraloid.[6]Pada zaman dahulu, obsidian digunakan untuk menghasilkan alatan tajam seperti pemotong dan pernah digunakan sebagai bilah dalam skalpel pembedahan.[7]