Rangkuman Oceania

Peta Oceania

Tujuan utama penggunaan terma Oceania ialah untuk membuat kenyataan mengenai sebuah rantau atau benua (seperti Asia dan Eropah) yang terletak di antara benua Asia dan benua Amerika, dengan Australia sebagai tanah besar. Penggunaan perkataan Oceania adalah untuk menunujukkan hubung kait di antara negara-negara di rantau tersebut. Oceania ialah benua terkecil di dunia dan mempunyai populasi kedua terkecil di dunia selepas benua Antartika.