Odyssey

Odýsseia (Bahasa Yunani: Ὀδύσσεια, Templat:IPA-el "Odisi", Bahasa Inggeris: Odyssey) merupakan salah satu puisi epik utama dalam tamadun Yunani selain Iliad, malah merupakan karya sastera Dunia Barat kedua tertua yang terselamat selepas Illiad itu sendiri. Ia dikatakan ditulis oleh Homeros, seorang penyair Ionia buta dari pesisiran Anatolia pada lewat abad ke-8 sebelum Masihi.[1]Ia menceritakan tentang peristiwa yang berlaku setelah Perang Troy di Troy.