Olympiakos_F.C.
Olympiakos_F.C.

Olympiakos_F.C.

Olympiakos F.C. (Bahasa Yunani: ΠΑΕ Ολυμπιακός), juga dikenali sebagai Olympiacos, Olympiacos Piraeus ataupun nama penuhnya Olympiacos C.F.P. (Bahasa Yunani: Oλυμπιακός Σύνδεσμος Φιλάθλων Πειραιώς, diterjemahkan sebagai "Olympiakós Sýndesmos Filáthlo̱n Peiraió̱s"), merupakan kelab bola sepak Greece yang berpangkalan di Piraeus.Olympiacos merupakan kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Greece yang pernah memenangi 41 gelaran liga Greece, 26 Piala Greece dan 4 Piala Super Greece dan jumlahnya 71 juara kebangsaan. Dalam pentas Eropah, kelab ini telah berjaya melangkah ke suku akhir sebanyak dua kali iaitu Liga Juara-Juara UEFA 1998-1999 dan Piala Juara-Juara Eropah 1992-93. Olympiakos merupakan salah satu ahli Persatuan Bola Sepak Eropah (ECA).Stadium Olympiakos ialah Stadium Karaiskakis yang terletak di Piraeus. Kelab ini merupakan kelab yang paling popular di Greece dengan sekitar dua setengah juta peminat di Greece dan sejuta peminat komuniti Greece di seluruh dunia. Olympiakos di tempat keenam pada tahun 2006 senarai kelab terbesar mengikut pembayaran pemain. Musuh utama kelab ini ialah Panathinaikos.