On_My_Way_(lagu_Alan_Walker)

"On My Way" ("Dalam Perjalananku") ialah sebuah lagu yang direka oleh Alan Walker, Sabrina Carpenter dan Farruko. "On My Way" ialah lagu bergenre EDM dengan durasi 3 minit 13 saat.[1] Lagu ini menampilkan bunyi future bass Walker[2] dan lirik lagunya mengenai hubungan (cinta) yang tidak memuaskan.[3] Walker menyatakan dalam sebuah wawancara bahawa lagu tersebut adalah diinspirasikan daripada lagu oleh DJ Okawari "Flower Dance".