Keluaran One_Hundred_and_One_Dalmatians

One Hundred and One Dalmatians pertama dikeluarkan ke dalam panggung pada 25 Januari 1961. Selepas itu, ia dikeluarkan semula ke dalam panggung empat kali lagi: Januari 1969, Jun 1979, Disember 1985, dan Julai 1991.

One Hundred and One Dalmatians dikeluarkan dalam VHS pada 10 April 1992 sebagai sebahagian daripada siri video Walt Disney Classics. Ia dikeluarkan semula pada 9 Mac 1999 sebagai sebahagian daripada siri video Walt Disney Masterpiece Collection. Pada 19 Disember 1999, ia menerima keluaran DVD pertama sebahagian daripada siri Disney's Limited Issue. DVD Edisi Platinum 2-cakera dikeluarkan pada 4 Mac 2008. Tiada keluaran DVD Blu-ray diumumkan.

Susulan dan sampingan

Dalam tahun-tahun sejak keluaran asal filem ini, Disney mengambil beberapa langkah dalam beberapa arah. Antara usaha terawal merupakan buatan semula dalam live-action, 101 Dalmatians. Membintangkan Glenn Close sebagai Cruella De Vil, tiada binatang yang bercakap dalam edisi 1996. Kejayaan versi ini dalam panggung membawa kepada 102 Dalmatians, dikeluarkan pada 22 November 2000.

Selepas versi live-action pertama filem ini, sebuah kartun dipanggil 101 Dalmatians: The Series dilancarkan.

Paling kini, 101 Dalmatians II: Patch's London Adventure, susulan rasmi kepada filem animasi asal, dikeluarkan straight-to-VHS/DVD pada 21 Januari 2003.

Dan kini pada 5 Oktober 2019 dalam 101 Dalmatian Street di Disney Channel dalam versi bahasa melayu animasi oleh Passion Animation Studios dan Atomic Cartoons.