Sinopsis Opah_Bahulu_Lola_Cupcake

Sejak kewujudan Lola dengan perniagaan Cupcakenya, permintaan kuih bahulu Opah Semah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan sikap Lola yang angkuh dan sombong itu menimbulkan perasaan tidak senang dikalangan orang-orang kampung. Lola berasa amat gembira kerana Cupcake hasil air tangannya sudah diterima oleh orang-orang kampung. Opah Semah berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola.[2]

Suatu hari, Yop dan Yuni iaitu cucu Opah Semah memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baharu iaitu coklat. Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutama orang-orang di sekitar kampung tersebut. Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinkan Opah Semah dengan memberi semangat dan membantunya membuat coklat.

Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilkan keluaran produk coklatnya dan kini dia membuka sebuah kedai bakeri sendiri. Berkat kesabaran Opah Semah, coklatnya mendapat pesanan dari kerabat diraja.

Pada masa yang sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembangkan perniagaannya. Sifat dengki dan iri hati Lola kepada Opah Semah makin menjadi-jadi.