Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II
Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II

Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II

Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II (UNOSOM II) adalah fasa kedua campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia, dari Mac 1993 hingga Mac 1995, setelah negara itu terlibat dalam perang saudara pada 1991.UNOSOM II diteruskan dari Unified Task Force (UNITAF) yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat (diluluskan oleh PBB). Telah aktif untuk tempoh peralihan ketika misi Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia I (UNOSOM I) terbukti tidak berkesan. Ketiga-tiga campur tan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang cukup aman agar operasi kemanusiaan dapat dilakukan, kerana secara efektif Somalia tidak ada pemerintah pusat dan negara tersebut semakin mengalami keganasan puak dan mengalami krisis kebuluran, sebahagiannya disebabkan oleh perang dan gangguan sosial.Campur tangan UNOSOM II dikaitkan dengan Pertempuran Mogadishu dan peristiwa berkaitan di mana 18 askar Amerika Syarikat, 1 Malaysia dan Pakistan terkorban. Peristiwa-peristiwa ini kemudian dijadikan asas untuk buku Mark Bowden Black Hawk Down: A Story of Modern War pada 1999.Operasi ini juga mencatat sejarah sebagai operasi PBB pertama dimana seorang rakyat Malaysia dilantik sebagai komander utama misi keamanan multinasional PBB. Leftenan Jeneral Aboo Samah bin Aboo Bakar dilantik sebagai komander baru UNOSOM II menggantikan komander Turki, Cervik Bir, pada 7 Januari 1994 dan mula bertugas pada 21 Januari 1994.[8]Pada 7 Oktober 1994 dalam sebuah perutusan khas televisyen untuk seluruh negara, Presiden Bill Clinton "secara efektif mengakhiri dasar proaktif AS di Somalia" dan "meminta penarikan semua pasukan AS selewat-lewatnya pada 31 Mac 1994." dalam Resolusi 954, yang disahkan pada 4 November, memperpanjang mandat UNOSOM untuk tempoh terakhir hingga 31 Mac 1995. Pada 4 November 1994, setelah usaha "perdamaian" oleh 1.900 askar UNOSOM II gagal, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebulat suara memilih untuk menarik semua elemen tentera dalam Resolusi 954. Pada 16 November, UNSC mengesahkan Resolusi 897, dengan memberi penekanan baru mengenai perdamaian dan pembinaan semula dan kembali kepada peranan yang kurang reaktif. Amanat UNOSOM II berakhir pada Mac 1995 ketika kapal A.S. di pantai Somalia membantu dalam keberangkatan pulang pasukan UNOSOM yang masih ada. Pada awal 1994 Majlis Keselamatan menetapkan tarikh akhir untuk misi Mac 1995.[9] Pengunduran tentera PBB dari Somalia selesai pada 28 Mac 1995.

Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II

Lokasi Somalia
Tarikh Mac 1993 – 28 Mac 1995
(2 tahun)
TarikhLokasi
TarikhMac 1993 – 28 Mac 1995
(2 tahun)
LokasiSomalia

Rujukan

WikiPedia: Operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia II http://www.military.com/NewContent/0,13190,NI_Soma... http://www.providingforpeacekeeping.org/2014/04/03... http://www.providingforpeacekeeping.org/2014/04/03... http://www.providingforpeacekeeping.org/2014/04/03... http://www.providingforpeacekeeping.org/2014/04/03... http://www.providingforpeacekeeping.org/2014/04/03... http://www.providingforpeacekeeping.org/?s=France https://apnews.com/89b8777d78c9c510cc74b4813cf268f... https://www.mea.gov.in/Portal/ForeignRelation/Soma... https://web.archive.org/web/20060718153236/http://...