Orang_Gujarati_Malaysia

Warga Gujarati Malaysia ialah orang yang berketurunan Gujarat penuh atau separa yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Masyarakat Gujarati tiba di Tanah Melayu pada abad ke-14 untuk berdagang rempah dengan Kesultanan Melaka.[1] Tetapi, hanya pada abad ke-19 masyarakat ini menetap di Malaysia.[2] Kebanyakan komuniti ini bekerja sebagai peniaga. Orang Gujerat kebanyakannya dari pelabuhan Cambay, Kutch dan Surat di India dan menetap di bahagian bandar Tanah Melayu seperti Georgetown, Kuala Lumpur dan Ipoh.[1][3]