Orang_Korea_di_Jepun

Orang Korea di Jepun merupakan kelompok minoriti etnik terbesar di Jepun. Kebanyakan orang Korea di Jepun adalah Zainichi (在日), iaitu penduduk tetap berbangsa Korea di Jepun. Istilah "Korea Zainichi" hanya memaksudkan penduduk tetap atau jangka panjang yang mengekalkan kewarganegaraan Joseon (Korea lama yang tak terbelah) atau Korea Selatan, tidak termasuk warganegara Jepun berketurunan Korea yang memperoleh kerakyatan Jepun secara naturalisasi atau sewaktu lahir kepada seorang atau kedua-dua ibu bapa yang berkerakyatan Jepun.Istilah Zainichi bererti "di Jepun", dan biasanya memaksudkan orang Korea Zainichi kerana kehadiran mereka yang meluas dalam masyarakat Jepun.