Orang_Kpelle
Orang_Kpelle

Orang_Kpelle

Orang Kpelle (juga dikenali dengan nama Guerze, Kpwesi, Kpessi, Sprd, Mpessi, Berlu, Gbelle, Bere, Gizima, atau Buni)[1] ialah kumpulan etnik terbesar di Liberia. Mereka menghuni wilayah yang terbentang dari Liberia tengah sehingga Guinea. Mereka menuturkan bahasa Kpelle yang tergolong ke dalam rumpun bahasa Mande.[2]Walaupun wilayah mereka memiliki curah hujan yang tinggi dan tanah yang keras, mata pencarian utama orang Kpelle ialah sebagai petani beras. Secara tradisional, suku ini dipimpin oleh pelbagai ketua suku yang berperanan sebagai penjaga ketertiban dan mediator untuk menyelesaikan persengketaan. Suku Kpelle dikenali sebagai kelompok etnik pedesaan yang konservatif.[3]

Rujukan

WikiPedia: Orang_Kpelle http://www.sscnet.ucla.edu/anthro/faculty/fiske/13... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... //doi.org/10.1525%2Faa.1972.74.5.02a00140 https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11998055x https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11998055x https://www.idref.fr/028072421 https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85073223 https://login.mctproxy.mnpals.net/login?url=http:/... https://www.wikidata.org/wiki/Q930128#identifiers