Orang_Tamil_Sri_Lanka

Orang Tamil Sri Lanka (Bahasa Tamil: இலங்கை தமிழர், ilankai tamiḻar [?] also Bahasa Tamil: ஈழத் தமிழர், īḻat tamiḻar [?]) or Tamil Ceylon, juga dikenali sebagai Eelam Tamils[1] dalam bahasa Tamil, adalah sebahagian daripada orang Tamil yang penduduk asal di Kepulauan Sri Lanka.Menurut bukti-bukti antropologi dan bukti-bukti arkeologi, Tamil Sri Lanka mempunyai sejarah yang sangat panjang di Sri Lanka dan telah hidup di pulau itu sejak kira-kira abad ke-2 sebelum masihi[2].70% daripada orang Sri Lanka Tamil tinggal di Utara dan wilayah Timur Sri Langka.Walaupun etnik Tamil Sri Lanka mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza tetapi kajian genetik menunjukkan bahawa mereka ada hubungan rapat dengan kumpulan etnik Sinhala di pulau itu.Sri Lanka Tamil kebanyakannya beragama Hindu dengan penduduk Kristian yang ketara.Sejak Sri Lanka mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1948, hubungan antara majoriti Sinhala dan minoriti masyarakat Tamil telah tegang. Peningkatan ketegangan etnik dan politik, bersama-sama dengan rusuhan etnik pada tahun 1956, 1958, 1977, 1981 dan 1983, membawa kepada pembentukan dan pengukuhan kumpulan militan menyokong kemerdekaan bagi orang Tamil