Sejarah Orang_Turki_di_Jerman

Kubur Turki Berlin bersampingan dengan sebuah masjid jenis Ottoman, dibina pada 1863

Berdasarkan perhubungan baik Turki-Jerman sejak abad ke-19 dan seterusnya, Jerman telah mempromosikan imigrasi orang-orang Turki ke negara tersebut. Akan tetapi, migrasi orang Turki ke Jerman secara besar-besaran tidak berlaku sehingga separuh kedua abad ke-20. Jerman ditimpa kekurangan sumber manusia selepas Perang Dunia II dan pada tahun 1961, Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) telah merasmikan jemputan pekerja Turki ke Jerman untuk memenuhi kekosongan ini, terutamanya untuk bekerja di kilang-kilang yang telah menyumbangkan kepada keajaiban ekonomi Jerman. Para pekerja ini dinamakan sebagai Gastarbeiter (Bahasa Jerman untuk pekerja tetamu). Hari ini orang-orang Turki membentuk kaum minoriti dan minoriti Muslim yang terbesar di Jerman.

Sebahagian besar daripada orang Turki Jerman menyokong Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD). Sebuah kaji selidik selepas Pilihanraya Persekutuan 2005 mendapati bahawa hampir 90% telah mengundi Gerhard Schroder daripada SPD.