OrangeTV

OrangeTV ialah stesen televisyen satelit berlangganan di Indonesia yang dioperasikan oleh MEI ( Mega Entertainment Indonesia ). Stesen televisyen ini membekalkan perkhidmatan siaran satelit TV digital dengan sistem prabayar sehingga pelanggan cukup bebas dan tidak terikat untuk berlangganan.Stesen TV ini menggunakan teknologi DVB-S2 dan MPEG-4 dan mempunyai jangkauan kebangsaan. Tumpuan OrangeTV pada awalnya ialah menyajikan hiburan-hiburan bertema ketimuran, dilihat dari banyaknya saluran televisyen Asia yang tersenarai dalam senarai saluran OrangeTV. Mulai musim 2013–14 hingga 2015–16, OrangeTV mendapat peluang untuk menjadi televisyen rasmi siaran Liga Primer inggris melalui perkongsian bersama MP & Silva.[1]Namun sejak jun 2018, frekuensi C-Band Orange tv mengalami masalah sehingga jangka masa yang tidak tertentu, namun masih boleh di nikmati melalui Ku-Band di Telkom 3-S