Politik Orde_Baru

Presiden Suharto memulakan "Orde Baru" dalam dunia politik Indonesia dan secara dramatik, mengubah dasar-dasar luar negeri dan dalam negeri yang ditempuh oleh Sukarno pada akhir tempoh pemerintahannya. Orde Baru memilih perbaikan dan perkembangan ekonomi sebagai tujuan utamanya dan menempuh dasar-dasar melalui struktur pentadbiran yang dikuasai oleh tentera, namun dengan nasihat ahli-ahli ekonomi didikan Barat. Bagaimanapun, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Musyawarah Rakyat tidak berfungsi dengan berkesan. Anggota-anggotanya sering kali dipilih daripada kalangan tentera, khususnya mereka yang rapat dengan Suharto dan justera itu, aspirasi rakyat sering kurang didengar oleh kerajaan pusat. Pembahagian Pendapatan Asli Daerah (PAD) juga kurang adil kerana 70% daripada PAD tahunan setiap provinsi harus disalurkan ke Jakarta sehingga melebarkan jurang pembangunan antara pusat dan daerah.