Organ_(muzik)
Organ_(muzik)

Organ_(muzik)

Organ (bahasa Greek όργανον - organon, "organ, alat, peralatan") ialah alat muzik papan nada yang dimain dengan bod pedal, dan satu atau lebih papan nada manual. Ia mempergunakan satu daripada dua cara untuk menghasilkan bunyi yang tetap dan tidak terputus-putus semasa kekunci ditekan, iaitu: (1) menyalurkan angin ke dalam paip yang diperbuat daripada logam atau kayu; dan/atau (2) menggunakan pengayun atau bunyi organ tersampel. Bunyinya yang berlain-lainan dari segi timbre dan kelantangannya dibahagikan menurut tingkat dan dikawal dengan menggunakan penghenti. Papan nadanya tidak berekspresi dan tidak mempengaruhi dinamik. Saiz organ bercanggah dengan ketara daripada seela persegi sehingga lima tingkat tingginya.[1] Ia ditempatkan terutamanya di gereja, dewan konsert dan rumah. Organ merupakan salah satu alat muzik tertua dalam tradisi muzik Barat, dan membawa sejarah sembahyang Kristian dan istiadat awam yang kaya.