Organ_vomeronasal
Organ_vomeronasal

Organ_vomeronasal

Organ vomeronasal (VNO) atau organ Jacobson merupakan organ deria pembantu bau yang terdapat pada kebanyakan haiwan. Ia ditemui oleh Frederik Ruysch dan Ludwig Jacobson pada tahun 1813.[1] Organ deria inilah yang terlibat dalam tindak balas flemen haiwan.Tujuan utama organ vomeronasal adalah mengesan feromon, iaitu utusan kimia yang membawa maklumat antara individu yang sama spesies. Seperti sistem penghiduan yang lain, pesanan kimia dikesan oleh ikatannya dengan pengesan terganding protein G. Neuron dalam VNO menghantar saraf penerima dari tiga rumpun, iaitu V1R,[2] V2R,[3][4][5] dan FPR.[6][7] Saraf-saraf penerima ini berbeza dengan satu sama lain dan adalah dari rumpun saraf penerima yang besar dalam sistem penghiduan utama.[8] Perangsang mencapai VNO dalam fasa cecair melalui mekanisme pam; oleh itu, kiu-kiu utama untuk VNO tidak mudah meruap dan memerlukan sentuhan fizikal secara langsung.Kehadiran VNO dalam banyak haiwan telah dikaji secara meluas, dan kepentingan sistem vomeronasal kepada pembiakan dan kelakuan sosial (melalui pengaruh terhadap hipotalamus anterior) telah ditunjukkan dalam banyak hasil kajian. Kehadiran dan kefungsiannya dalam manusa pula masih dalam pertikaian, namun kebanyakan kajian bersetuju bahawa VNO merosot sewaktu perkembangan janin. Kebanyakan gen yang penting untuk fungsi VNO dalam haiwan (seperti TRPC2[9]) langsung tidak berfungsi dalam manusia.[10] Komunikasi kimia memang kelihatan berlaku dalam kalangan manusia, tetapi ini tidak semestinya membayangkan bahawa organ vomeronasal menjadi dalam manusia.[11]