Origin_of_Symmetry

Origin of Symmetry (Asal-Usul Simetri) ialah album studio kedua oleh kumpulan rock England, Muse. Album ini dikeluarkan pada 17 Jun 2001 di United Kingdom dan Australia, dan pada September 2005 di Amerika Syarikat. Single yang dikeluarkan dari album ini ialah "Plug In Baby", "New Born", "Bliss", dan "Hyper Music/Feeling Good". Tajuk album ini merupakan idea dari vokalis Muse, Matthew Bellamy, yang diinspirasikan dari buku karya Michio Kaku, Hyperspace.[1]"New Born", "Plug In Baby", "Bliss" and "Darkshines" dirakamkan oleh David Bottrill sepanjang pertengahan jelajah pada hujung 2000, di Ridge Farm Studios, Surrey. "New Born", "Plug In Baby" dan "Bliss" dianggap sebagai "nyawa album" dan menciptakan dasar yang membuat Muse lebih bereksperimen dengan lagu-lagu lain. Suara falseto Matt didengar hampir setiap lagu dalam album ini, meskipun mendapat kritikan dari stesen radio di Amerika Syarikat.Album ini berjaya melonjakkan nama Muse, dengan penjualan lebih dari 100.000 unit di United Kingdom dan 1,5 juta unit di seluruh dunia, tetapi hanya 53,000 album yang terjual di Amerika Syarikat, akibat baru dikeluarkan secara rasmi pada 2005.[2] Pada tahun 2006, majalah muzik Q menempatkan album ini di kedudukan 74 dalam kategori "100 Album Terbaik Sepanjang Zaman" menurut pilihan pembaca.[3]

Origin_of_Symmetry

Dikeluarkan pada
  • 17 Jun 2001 (UK, AU)
  • 20 September 2005 (AS)
Masa 51:42
Penerbit John Leckie, David Bottrill, Muse
Dirakam pada 2001
Genre
Syarikat Mushroom