Othman_bin_Abdullah

Haji Othman bin Haji Abdullah ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Tanah Merah selepas menang dalam pilihan raya umum 1959 mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1]. Beliau telah keluar PAS dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 1961 ketika masih menjadi ahli parlimen. Pada pilihan raya umum 1964, Haji Othman bertanding di Hilir Perak mewakili UMNO dan menang. Semasa Malaysia di bawah pentadbiran MAGERAN, Haji Othman telah dilantik sebagai anggota Majlis Perundingan Negara bersama-sama 66 orang individu yang lain[2]. Beliau kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 1973 dan berkhidmat sehingga 1980.