Ottawa
Ottawa

Ottawa

Ottawa (sebutan bahasa Inggeris: /ˈɒtəwə/ ( dengar) atau /ˈɒtəwɑː/; bahasa Perancis: [ɔtawa]) ialah ibu negara bagi Kanada. Ia terletak di tebing selatan sungai Ottawa di bahagian timur selatan Ontario. Ottawa bersempadan dengan Gatineau, Quebec; di mana kedua-dua bandar raya ini membentuk kawasan metropolitan bancian Ottawa–Gatineau (CMA) dan Kawasan Ibu Negara (NCR). Bancian pada tahun 2011 melaporkan terdapat 883,391 orang penduduk di Ottawa, menjadikannya bandar keempat terbesar di Kanada; dan 1,236,324 dalam kawasan CMA, menjadikannya CMA keempat terbesar di Kanada. Bandar raya Ottawa dilaporkan mempunyai anggaran penduduk seramai 960,754 pada Disember 2015.Diasaskan sebagai Bytown pada 1826 dan digabungkan sebagai "Ottawa" pada 1855, bandar raya ini telah berkembang menjadi pusat siasah dan teknologi di Kanada. Sempadan asalnya telah dikembangkan melalui beberapa pengilhakan kecil dan akhirnya telah digantikan dengan penubuhan bandar baru dan penggabungan besar pada 2001, yang menyebabkan kawasan tanahnya semakin membesar. Nama "Ottawa" dipilih sebagai merujuk kepada sungai Ottawa yang berada berdekatan, di mana nama asal sungai itu adalah daripada bahasa Algonquin, Odawa yang bermaksud "untuk berdagang".Bandar raya ini menempatkan beberapa institusi-institusi pasca menengah, kajian dan kebudayaan, termasuklah Pusat Seni Negara dan Galeri Kebangsaan. Ottawa juga mempunyai taraf hidup tertinggi dan kadar pengangguran yang rendah di dalam negara. Ia berada dalam kedudukan kedua dalam indeks mutu kehidupan Numbeo 2014-2015 di seluruh dunia dan mengandungi satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ottawa

country  Kanada
• Kepadatan 316.6/km2 (820/batu persegi)
• Ahli Parlimen Provinsi
• Datuk bandar Jim Watson (OLP)
• Metro 1,236,324 (ke-4)
Zon waktu UTC−5 (Timur (EST))
• Urban 933,596
• Kepadatan urban 1,860.1/km2 (4,818/batu persegi)
Kawasan Kawasan Ibu Negara
Laman web www.ottawa.ca
Ditubuhkan 1826 sebagai Bytown[3]
KDNK per capita AS$ 44,149[9]
Poskod
K0A, K1A-K4C[2]
• Demonim[7][8] Ottawan
• Ahli Parlimen
• Musim panas (DST) UTC-4 (Zom Waktu Timur (EDT))
• Majlis Bandaraya Majlis Bandaraya Ottawa
Digabungkan 1 Januari 2001
• Bandar raya 883,391 (ke-4)
• Kepadatan metro 196.6/km2 (509/batu persegi)
Kod kawasan 613, 343
Diperbadankan 1855 sebagai bandar raya Ottawa[3]
KDNK AS$ 58.2 bilion[9]
Provinsi Ontario
Ketinggian 70 m (230 ft)