Sejarah PC-DOS

Perjanjian asal 1981 antara IBM dan Microsoft ialah bahawa Microsoft akan membekalkan produk asas dan kedua pihak akan membangunkan bahagian-bahagian berlainan produk tersebut supaya menjadi sistem yang lebih berkuasa dan mantap, hatta kemudiannya berkongsi kod yang terhasil. MS-DOS dan PS-DOS telah dipasarkan secara berasingan; IBM menjual kepada dirinya sendiri untuk IBM PC manakala Microsoft kepada pasaran terbuka. Walau bagaimanapun, tanpa disedari IBM telah memperolehi hak milik keatas kod sumber sistem pengendalian tersebut untuk komputer-komputer peribadi miliknya.