PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama. Saudara baru yang berjaya dibimbing akan mencurahkan bakti meneruskan dakwah dalam kalangan masyarakat.PERKIM ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 bertujuan membantu orang ramai yang hendak memeluk agama Islam. Perkim mempunyai 13 bahagian iaitu di setiap negeri untuk menyampaikan syiar Islam.[1]