POJO

Dalam pengkomputan perisian, POJO ialah singkatan bagi Plain Old Java Object (bermaksud "objek Java lama biasa") yang digunakan untuk menekankan bahawa sesuatu objek adalah objek Java biasa, bukannya objek khas. Istilah ini diperkenalkan oleh Martin Fowler, Rebecca Parsons dan Josh MacKenzie pada bulan September 2000:"Kami hairan mengapa orang amat menentang penggunaan objek-objek biasa dalam sistem mereka dan membuat kesimpulan bahawa sebabnya ialah objek ringkas mempunyai nama yang kurang menarik. Jadi kami berikan mereka satu, dan sambutannya amat baik."[1]