PRISM_(program_pengawasan)
PRISM_(program_pengawasan)

PRISM_(program_pengawasan)

PRISM merupakan program sulit pengawasan elektronik keselamatan negara yang dikendalikan di bawah Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat sejak 2007.[1] PRISM merupakan kod panggilan kerajaan untuk usaha pengumpulan data yang secara rasminya dikenali sebagai US-984XN.[2][3] PRISM dikendaikan di bawah pengawasan Mahkamah Pengawasan Perisikan Asing Amerika Syarikat berdasarkan peruntukan Akta Pengawasan Perisikan Asing Amerika Syarikat (FISA). Kewujudan program ini telah dibocorkan oleh kontraktor NSA Edward Snowden yang diterbitkan dalam akhbar The Guardian dan The Washington Post pada 6 Jun 2013. Dokumen yang termasuk dalam kebocoran maklumat menunjukkan bahawa PRISM merupakan "sumber pertama perisikan mentah yang digunakan NSA dalam analisis laporan."[4]