Sejarah PTS_Media_Group

Pengasas bagi syarikat PTS Consultants Sdn Bhd ialah Puan Ainon Muhammad dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan. Pada awal penubuhannya pada tahun 1988, adalah bagi menawar khidmat konsultansi penerbitan, latihan suntingan teks dan susun atur huruf.[1]

Kemudian pada tahun 2000 PTS mula aktif menerbit dan mengedar buku dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk bacaan umum.

PTS menyediakan perkhidmatan daripada segi latihan penulis, teknik menulis, para penulis, kulit, kandungan, tatabahasa, jualan buku dan pemasaran penulis. Hingga kini aktiviti penerbitan PTS diurus oleh lapan (8) anak syarikat penerbitan yang menerbitkan genre berbeza.

PTS Consultants Sdn Bhd ditukar nama kepada PTS Media Group Sdn Bhd pada 4 Januari 2012. Ini demi meluaskan pelaburan dan peluang bisnes dalam bidang penerbitan, pemasaran, media dan produksi syarikat tersebut.