Episod Pada_Zaman_Dahulu

Setiap kisah dipecahkan pada tiga bahagian. Tayangan pertama biasanya berupa ketiga-tiga bahagian disiarkan dalam satu slot setengah jam, manakala ulang tayang terdiri daripada satu bahagian disiarkan dalam slot 10 minit.

Musim pertama

No. di
siri
No. di
musim
TajukTayangan pertamaMasaDVD
1–31–3"Sang Kancil dan Kerbau"3 Disember 20118:30 pmVol. 1
Aris dan Ara mula tinggal bersama Aki dan Wan di kampung. Setelah melihat gelagat Aris yang suka temberang pada Ara, cerita sulung Aki kepada mereka ialah tentang Sang Kerbau yang terpedaya oleh Sang Buaya untuk mengangkat dahan pokok yang tersepit lehernya supaya Sang Buaya boleh memakannya, hingga terpaksa meminta tolong dari Sang Kancil.
4–64–6"Sang Kancil Mengira Buaya"10 Disember 20118:30 pmVol. 1
Aris dan Ara mengikut Aki memancing. Dalam lama-lama menunggu ikan memakan umpan, adik-beradik itu ternampak sepohon pokok rambutan yang cukup berbuah. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang memperdaya kawanan buaya dengan menjemput mereka ke kenduri Raja Sulaiman, semata-mata untuk menyeberangi sungai kerana hendak memakan rambutan gugur di seberang.
7–97–9"Sang Kancil dan Perigi Buta"17 Disember 20118:30 pmVol. 2
Saat abangnya leka bertidur siang, Ara mengejar seekor kucing ke luar rumah hingga nyaris terjatuh ke dalam perigi buta, tetapi sempat diselamatkan oleh Aki. Oleh itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang dikejar oleh Sang Harimau hingga terjatuh ke dalam lubang, lalu terpaksa meminta tolong dari haiwan-haiwan lain. Sang Harimau mengambil kesempatan ke atas Sang Kancil yang malang, tetapi tanpa disangka-sangka Sang Gajah menyelamatkan Sang Kancil.
10–1210–12"Sang Kancil Dan Gergasi"24 Disember 20118:30 pmVol. 2
Setelah enggan menemani Aki ke sawah, Aris mengusik haiwan-haiwan di sekitar rumah hingga dirinya digigit oleh kerengga. Untuk itu, Aki menceritakan kisah Sang Kancil yang cuba melawan seorang gergasi yang ganas dan suka memakan haiwan rimba dengan akalnya sendiri. Selepas habis cerita, kembalinya ibu bapa Aris dan Ara untuk mengambil mereka pulang dari kampung.

Musim kedua

No. di
siri
No. di
musim
TajukTayangan pertamaMasaDVD
13–151–3"Sang Kancil dan Tali Pinggang Hikmat"18 Februari 20126:00 pmVol. 3
Aris dan Ara kembali ke kampung dan bersua semula dengan Aki. Dalam perjalanan pulang ke rumah Aki, mereka bertembung dengan seekor ular sawa. Dengan itu, Aki menceritakan tentang Sang Kancil yang diperdaya Sang Ular, kebetulan pula meminta bantuan Sang Harimau untuk melepaskan dirinya dari belitan Sang Ular.
16–184–6"Sang Kancil dan Pemburu"25 Februari 20126:00 pmVol. 3
19–217–9"Sang Kancil Berlumba dengan Siput"3 Mac 20126:00 pmVol. 4
22–2410–12"Sang Kancil dan Harimau"17 Mac 20126:00 pmVol. 4
25–2713–15"Sang Kancil dan Gong Raja Sulaiman"19 Mei 20125:30 pmVol. 5
28–3016–18"Sang Kancil Menjadi Hakim"2 Jun 20125:30 pmVol. 5
31–3319–21"Kura-Kura dan Monyet"1 September 20125:30 pmVol. 6
34–3622–24"Penghuni Hutan Menentang Gergasi"8 September 20125:30 pmVol. 6
Aris, Ara dan Aki terserempak dengan kincir air yang rosak dan dibaiki beramai-ramai. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang mengetuai sahabat-sahabat rimbanya untuk menentang ancaman keluarga Gergasi.

Musim ketiga

No. di
siri
No. di
musim
TajukTayangan pertamaMasaDVD
37–391–3"Sang Kancil & Singa "5 Oktober 20134:00 pmVol. 7
40–424–6"Ayam & Helang "12 Oktober 20134:00 pmVol. 7
43–457–9"Pekasam Mata Harimau"19 Oktober 20134:00 pmVol. 8
46–4810–12"Semut, Merpati & Gajah "26 Oktober 20134:00 pmVol. 8
49–5113–15"Musang dan Ayam"2 November 20134:00 pmVol. 9
52–5416–18"Belalang & Semut "1 Oktober 20142:30pmVol. 9
55–5719–21"Kisah Bangau"5 Oktober 20142:30 pmVol. 10
58–6022–24"Anjing & Bayang-bayang "6 Oktober 20142:30pmVol. 10
61–6325–27"Kambing & Buaya "7 Oktober 20142:30pmVol. 11
64–6628–30"Cawi & Harimau "8 Oktober 20142.30 pmVol. 11
67–6931–33"Kura-kura & Itik "9 Oktober 20142:30pmVol. 12

Aris dan Ara sedang main kejar-kejar di ruang tamu rumah. Aki memberi nasihat agar jangan bermain di dalam rumah tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba Ara terlanggar pasu di atas meja hingga jatuh dan pecah. Aki sangat sedih kerana pasu itu ialah kesayangannya. Aris dan Ara rasa bersalah dan cuba membantu dengan menghulurkan gam. Bagi Aki, nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aris dan Ara pula tidak faham dengan peribahasa Aki, lalu Aki menceritakan satu kisah tauladan, Kura-kura dan Itik.

Kisahnya bermula dengan Itik yang menjemput semua kawan-kawan datang ke kenduri di rumahnya termasuklah Kura-kura. Kura-kura setuju untuk pergi tapi malangnya, oleh kerana dialah binatang yang paling perlahan berjalan, Kura-kura tiba di rumah Itik setelah kenduri berakhir. Kura-kura kecewa dan terus pulang ke rumah. Kancil simpati terhadap kura-kura dan pergi menemuinya. Kura-kura meluahkan perasaannya serta menyatakan jikalau dia boleh terbang, mesti dia tidak akan lambat. Kancil pun membawa Kura-kura berjumpa Itik dan memberi idea bagaimana Itik boleh membantu Kura-kura untuk terbang. Maka berjayalah Kura-kura untuk terbang seperti yang diimpikannya, tetapi, Kura-kura lalai pada pesan Kancil hingga mengakibatkan dia ditimpa kemalangan iaitu cengkerangnya retak. Tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana nasi telah menjadi bubur dan Kura-kura perlu terima hakikat tersebut.
70–7234–36"Singa & Tikus "12 Oktober 20142.30pmVol. 12