Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci
Makkah, disinilah umat
Islam menunaikan rukun
wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun
haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana
Nabi Adam a.s. dan
Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya
Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di
Gunung Arafah tepatnya di Jabar Rahmah beerti "Gunung Rahmat". Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada
Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di
Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia. Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.