Ahli-ahli Pakatan_Warsaw


Semua negara komunis di Eropah Tengah dan Timur merupakan penandatangan kecuali Yugoslavia. Para anggota Pakatan Warsaw berjanji untuk saling melindungi sekiranya mana-mana ahli diserang. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hubungan di antara penandatangan adalah berasaskan tidak campur tangan dalam hal dalaman dan rasa hormat pada kedaulatan dan kemerdekaan setiap negara. Peraturan tidak masuk campur kemudiannya dicabuli secara de facto dengan campur tangan Soviet di Hungary (Revolusi Hungary 1956) dan Czechoslovakia (Prague Spring, 1968). Dalam kedua-dua kes, bantuan dikatakan dipinta, jadi peraturan ini tidaklah dicabul secara rasmi.