Pakubuwono_X
Pakubuwono_X

Pakubuwono_X

Pakubuwono X (juga dieja Pakubuwana X) atau gelaran penuhnya, Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X (29 November 1866, Surakarta – 20 Februari 1939 Surakarta) ialah Susuhunan (raja) Surakarta). Zaman pemerintahannya selari dengan perubahan politik yang sedang berlaku di Hindia Timur Belanda, khususnya dengan pegembangan organisasi politik tempatan seperti Budi Utomo dan Sarekat Islam yang dinanungi oleh beliau dan kerabat diraja yang lain. Diketahui bahawa Pakubuwono X mempunyai ramai gundik akan tetapi gundik utama beliau ialah GKR Hemas, puteri Sultan Hamengkubuwono VII dari Jogjakarta. Beliau terkenal sebagai penyumbang utama terhadap Makam Diraja Imogiri di mana beliau sendiri disemadikan.Dalam bahasa Jawa, gelaran beliau yang mengikut adat betul, Sampeyandalem Ingkang Sinuhun Kanjeng Susuhunan Pakubuwana X, mengandungi banyak kata hormat yang ada diwarisi oleh raja pengganti. Pakubuwono X memerintah dari tahun 1893 sehingga 1939 dan merupakan raja pemerintah atau Susuhanan Surakarta yang memerintah paling lama.[2]

Pakubuwono_X

Pemerintahan 18931939
Ayahanda Pakubuwana IX
Pasangan GKR. Pakubuwana
GKR. Hemas
Dan 39 Istri Selir[1]
Bonda KRAy. Kustiyah
Agama Islam
Kerabat Wangsa Mataram
Penerus Pakubuwana XI
Nama penuh
Nama penuh
Raden Mas Sayyidin Malikul Kusno
Kemangkatan 22 Februari 1939(1939-02-22) (umur 72)
Surakarta, Hindia Belanda
Gabenor jeneral Cornelis Pijnacker Hordijk
Carel Herman Aart van der Wijck
Willem Rooseboom
Johannes Benedictus van Heutsz
A.W.F. Idenburg
Johan Paul van Limburg Stirum
Dirk Fock
Andries Cornelis Dirk de Graeff
Bonifacius Cornelis de Jonge
A.W.L. Tjarda van Starkenborgh Stachouwer
Didahului oleh Pakubuwana IX
Keputeraan (1866-11-29)29 November 1866
Surakarta, Hindia Belanda